Friday, March 20, 2015

past and present

         



 Assalamualaikum. Banyak perkara yang berlaku selama beberapa tahun ni. Banyak jugak yang aku tak

dapat nak ceritakan sekali dekat dalam blog ni. Sebab aku terlalu busy. Atau mungkin tak ada mood nak 

berblogging lagi.



2012



Aku mula balik pada tahun 2012 pada tahun aku spm. Masa tu memang gembira sebab dah nak habis sekolah.

Well bagi aku lah yang waktu tu ada suka ada duka. Sebab habis sekolah, sebab kena tinggalkan suasana 

sekolah. Kenapa aku rasa sedih tinggalkan sekolah ? Sebab someone special la bro. Satu kelas tu. Hahaha.

Aku skip jela cerita yang membosankan tu. Nak dijadikan cerita, masa dalam asrama tu antara kiteorang

dapat mesej kena tarik masuk PLKN. Habis part tu. That moment yang sedih bila junior2 aku dah blah.

Well tinggal lah senior je dalam sekolah. Sunyi masa SPM. Habis part sekolah.



2013



Aku tahu masuk je tahun ni, aku kena fikir pasal PLKN. Well sebenarnya aku jenis tak kesah langsung

about this PLKN thing and so on. Since aku suka benda2 ni. Nak dijadikan cerita, aku dapat kat

Pahang. Nama tempatnya masih segar dalam kepala otak ; Arena Resort, Temerloh.

Sebenarnya benda ni depends jugak. Ada yang kata best ada yang tak. Itu yang aku kata depends 

on people. Bagi aku just okay. Habis part PLKN. Habis je kursus tu, aku kena siap2 mentality nak hadap

result SPM yang aku tahu tak berapa nak okay. And standard student bila dapat surat tawaran from every

institut swasta. Aku boleh buat buku dengan surat tawaran yang aku dapat. Terlalu banyak offer.

Habis part tu. And life goes on until aku dapat tawaran masuk Politeknik (Elektronik Kawalan). Masa tu aku 

happy sebab aku dapat kat Shah Alam. Dekat dengan rumah aku. Habis part tu. Sem 1 bermula agak janggal 

dengan berkawan hanya daripada sekolah lama. Sampai la satu masa semua masuk satu kepala and be friends.

Hidup diteruskan sehingga semester 2 pada tahun 2014



2014



Semester 2 yang aku anggap agak biasa since basic sekolah menengah masih digunakan.

Banyak cerita, banyak kisah dan tragedi yang berlaku. Sejak awal tahun lagi dah terjadi macam2 kat aku.

Benda pertama sekali paling aku ingat, lesen. Aku siapkan masa cuti sem 1 sebab aku tahu sem 2 nanti nak 

kena guna motor untuk pergi kelas. Well aku dapat lambat and aku bawak je motor dengan tak ada lesen.

Until la aku dapat lesen a week later lepas merempit tak ada lesen. Masa tu motor pertama aku jenis

Yamaha Fz150i. Aku rasa part ni pun kelakar jugak. Aku ni dah memang tak reti nak bawak motor.

Dapat pulak motor yang ada clutch. Tak habis2 mati kat traffic light. Habis part tu. Masuk la sampai

pertengahan sem 2 aku ponteng kelas pagi semata mata nak siapkan lesen P. Aku skip hal remeh temeh

and teruskan kat point paling besar dalam hidup aku untuk tahun 2014 ni. Tahun paling aku banyak hilang

benda, orang yang aku sayang. Siapa ? Kawan menengah, arwah Ridzuan Rosli atau lebih dikenali sebagai Wan 

Lee masa sekolah dulu. Dia meninggal kemalangan dengan kereta naik motor. Aku sedih sebab tak dapat 

tengok dia buat kali terakhir. Kedua kawan PLKN. Saiful Asyraf aku rasa nama dia. Aku selalu panggil dia Epul je

Kemalangan jugak dengan kereta. And this is the point of hilang yang aku maksudkan.

motor kesayangan aku yang aku baru pakai berapa bulan, hilang, kena curi. Masa, hari, tarikh masih segar

dalam kepala otak aku. Okay yang ni aku cerita. Pagi tu aku siap2 sebab ada interview praktikal dengan Western

Digital. Dalam pukul 5.30 pagi, aku sedar2 motor aku dah tak ada kat bawah rumah. Sedih terkejut

semua jenis perasaan lah ada. Dalam kepala otak aku asyik fikir macam mana aku nak pi interview

sebab motor tak ada dah. Habis part tu. Masa tu lah aku kenal mana satu member mana satu kawan

time tu aku susah nak pi kelas motor tak ada. Tapi nasib baik la ada member aku sorang ni memang dia

aku ingat sampai mati sebab pernah tolong aku hantar aku tiap pagi pergi kelas selama dua bulan. Nama

dia Afiq. Lepas tu selama dua bulan tu jugak aku melepak je kat rumah sewa

kawan2 kelas aku dengan sewa tak bayar. Depa ni aku respek gak sebab tau member dalam susah so

takkan depa nak mintak sewa rumah kan. Well tu je untuk part 2014 rasanya. Since tak ada yang menarik

sebab life aku as a student takda benda yang menarik. Aku selit sikit lah masa aku cuti sem, semua budak 

elektronik untuk sem aku kena ada semester pendek. Taknak cerita lebih. Kalau ada yang menarik pun

aku dah lupa lah hahahaha.



2015



Ada kejadian yang berlaku sebelum 2015. Aku selitkan sikit. Kerja sebagai seorang tukang masak sata, otak2 

dekat MAHA ekspo pertanian. Okay tu je. Taknak ingat. Aku flashback sikit, desember 2014. 1.12.2014 hari 

pertama aku dengan kawan2 yang lain memulakan semester 4 dengan menjadi student praktikal.

Aku pilih Panasonic sebab tahun lepas masa nak interview WesternDigital motor hilang en.

Dengan pertolongan kakak aku jugak aku dapat masuk Panasonic ni since dia kerja dah belasan tahun.

Skip itu, skip ini dan tahun ni jugak aku kehilangan lagi. Kali ni kawan kelas aku yang kat poli, salah seorang 

kawan daripada sekolah menengah. Nama dia Aiffah Dhabit. Aku dapat tau dia sakit masa hujung tahun, awal 

tahun macam tu la. Aku ingatkan dia sakit biasa then yang aku sedih masa dia sakit aku tak pi pun lawat dia.

Tu semua sebab aku ingat dia sakit biasa. Tapi mana la tau kan. Sem lepas tu lah last aku jumpa dia sebab 

mula sem baru aku start praktikal langsung tak jumpa dengan dia dah. Tapi Allah lebih sayangkan dia.

Lama jugak dia lawan sakit dia. Tapi tak sampai setahun. 19.2.15 hari Khamis tu Aiffah dah meninggal.

Kiteorang yang mana kawan2 dia yang praktikal tak sama dengan dia semua terkejut besar.

Aku skip cerita ni. Because this is sad thing to remember. Aku selitkan sedikit bonus cerita untuk tahun 2015 ni.

Bonus ceritanya dimana aku kemalangan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja/praktikal.

Sebab tu sekarang kalau korang2 tengok motor aku dah berubah jadi otomen. Sebab kemalangan.

Takda unsur atau sebab suka2 untuk ubah keadaan motor. Duit elaun jangan cerita. Habis bayar hutang, repair

motor and buat belanja makan. Bukan enjoy haaaa. Well rasanya itu je untuk the whole part of the story.

Sem 4 pun dah hampir kepada penghujungnya. Harap kawan2 sama2 berjaya menghabiskannya. 




Acik Aidil 🙋

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...