Wednesday, December 5, 2012

SPM dah habis ^^

Assalamualaikum. So korang cuti ni buat apa je ? Ye la, dah masuk akhir tahun dah. Mesti macam macam plan ada kan ? Untung la. HAHA, kiteorang pun, yang tingkatan 5 ni pun untung jugak. Dah habis sekolah kan. Well, mesti rindu nanti. Sebenarnya lama tak update tu, sebab malas + sibuk sangat. Dan dan, banyak sangat cerita yang nak diceritakan. Tapi, nanti je la.

Kepada sesiapa yang tak dapat PLKN tuh, untung lah. Boleh cari kerja kan. Acik dapat. Hihi. Ini ada gambarnya,

*tekan untuk tumbesaran. 
Amacam ? Siapa siapa dapat sama, bagitau je la. Hihi. Pastuh, SPM semua, study macam biasa la. Tangkap gambar last day semua dengan member. 
Gangter lettew  :)

 Dengan kawan kawan kelas ^^

 Junior warna putih. Ahli dorm ^^

 I will miss this, all of us will :')

 Complete ahli dorm junior dan senior :)

 Kawan kawan kelas tahun lepas ^^



Hope, we will meet again, until that time :')

Haih, mesti rindu nanti. Hmm, sampai sini je la. Malas nak update panjang panjang. Bubyeee


aziracik

Monday, September 17, 2012

Well, Bye Trial.

Assalamualaikum semua. Amacam cuti ? Mesti best kan ? Dengan pergi open house bagai. Biasa la, raya seminggu, tapi lepas tu kene sekolah. Tapi tapi, lepas sekolah korang mesti pergi beraya lagi. Untung la, HAHA. Tapi, acik tak. Biasa la, budak asrama kan. Lepas raya tuh, balik sekolah je TRIAL SPM. Haih, tk raya jugak la, tapi makan tetap banyak. Hoho. Okay, itu starting bagi post ni. Sekarang nak pulak cerita pasal exam. HAHA, rasa kelakar pulak. Bila waktu exam la acik rajin membaca, buat latihan bagai. Esok exam, hari ni baru nak baca untuk dua tahun belajar. Pastu esok jawab entah apa apa. Tapi berlagak macam boleh buat. Tengok result rasa macam nak koyak je ==. Well, it's finally over guys.

Lagi lagi, terbaru punya cerita pasal acik, pasal DSLR acik yang hilang. Kalau ada baca post acik yang sebelum ni, acik cakap DSLR kene curi. Tapi, ALLAH maha berkuasa dan maha mengetahui kan, DIA perkenankan doa acik. Sebulan menunggu dan berdoa, macam tak percaya, acik jumpa siapa yang ambil dan DSLR acik pun dah dapat balik. Well, bersyukur sangat. Lepas kejadian tu, mak dah tak percaya, then tak bagi dah bawak pi sekolah. Haih, tak boleh nak tangkap gambar lagi. Mengharapkan DSLR orang lain je leww. Takpe la, janji ada jugak gambarnya. Acik pun tak la penat nak tangkap gambar je. Hihi. Okay, tu je la untuk post kali ni. Post ini pun sebab acik tak balik asrama lagi, ponteng malas nak balik. Hoho. Okay, terima kasih pembaca.


acik aidil :)(: azira rosly

Friday, July 20, 2012

Oh 5S



Assalamualaikum semua. Okay, cerita pasal tajuk diatas terus k ? 5S tu maksudnya, tu kt atas ada gambar, baca la. Lantak lah ape maksudnyaa. Yang pasti, every teknik di Malaysia ni kene buat 5S. Dah la memenatkan, membazir dan membuang masa. Tahun ni SPM, tahun ni jugak ada 5S tuh. Tapi sekolah nak sijil 5S tu, jadi, kami kami pelajar yang rajin ni terpaksa la buat. Biasa la, budak sekolah kan. Okay, itu je kot. And dekat post ni nak selit jugak pasal minggu minggu akan datang. Pasal balik kampung. Acik balik dengan buah hati. Hehe, best sangat. Jangan jealous yee. Okay, itu je la kot. Terima kasih ^^


acik aidil :)(: azira rosly

Friday, July 13, 2012

Hilang.

Assalamualaikum, post ni berkenaan dengan DSLR acik. Baru je hilang. Sedih sangat. Tapi nak buat macam mana. Redha je laa. Baru je setahun pakai benda tuh. Ceritanyaa, semalam, 12-07-12, hari khamis. Pagi masa nak pergi sekolah masih ada. Tapi balik tusyen malamnyaa, tengok dah takde. Sedih tak terkira. Tapi, hidup mesti kene teruskan. Tak tahu la siapa ambil, akhirat aku tuntut la benda tuh. Mak aku bagi weyh benda tuh. So, tadi lepas balik sekolah, terus buat repot polis. Tahu benda tu tak jumpa, tapi kene la buat repot. Kalau tak, berleluasa la pencuri tu. Yang tak puas hati, warden. Dia tahu barang aku hilang. Tapi masih teruskan rollcall sampai pukul 11malam. Memang tak la nak tunggu. Semua orang mesti nak tidur. Tapi ape nak buat. Terima je la. Now, takde ape ape dah. Benda tuh yang buat orang ramai kenal acik. Tapi dah takde. Nak taknak, kene cari jugak pencuri tu. K tu je, bye bye.


acik aidil :)(: azira rosly

Saturday, July 7, 2012

Hye, buah hati ^^

Assalamualaikum semua. Post kali ni cuma nak bagitahu, hari jumaat lepas acik balik dengan buah hati. Dia paling busuk, tapi dia baik. HAHA. Sebenarnyaa takde pape pun, cuma saje nak post. And acik sayang sangat kat dia. Itu je. Nor Azira Amiza bt. Rosly. Busuk kitee


acik aidil :) (: azira rosly

Friday, July 6, 2012

Rehat

 Assalamualaikum. Okay, dah lama jugak acik tak sentuh blog ni. Last post pun Jan. Sekarang pulak dah Julai. Nampak sangat dah lama. Okay, ni pun tak panjang. Cuma acik rehat blogger ni untuk SPM. Tahun ni SPM kan, banyak lagi nak kena buat. Okay, tu je. Terima kasih daun keladi, ^^


acik aidil :) azira rosly

Wednesday, January 25, 2012

Engineering Drawing -Part1-

Salam dan salam satu Malaysia . Okay , hari ni , (25Jan) pagi pagi lagi dah kene kacau . Nak tidur pun tak senang . So , bangun jeh , tengok anak buah dah sampai . Patut la tak boleh nak tidur . Then tengok kakak acik yang arkitek pun ada hari ni , so acik bangun dengan tak mandi lagi , pergi tanya dye tentang kerja sekolah acik . Kerja sekolah yang lukisan kejuruteraan tuh . Then dah tanya semua dye bagi dye punya plan arkitek . Then acik tengok , acik pun blur == *tekan gambar + CTRL untuk tumbesaran*
Ini lah plan arkitek kakak yang dye bagi kat acik tuh . T_T
    Okay , lepas tuh acik pun rasa takpe dan dengan selambernyaa ambik satu kertas dan acik pilih satu ,
Amacam . ? Pusing kepala tengok benda nih jap --"
Lepas tuh macam biasa , dengan tidak membuang masa , acik ambik peralatan melukis , dan lukis lukis , buat step by step dan jadi la kotak nih ,
Ini basic so nothing lah ^^
Lepas tuh , buat punya buat punya buat , haih , berjam jam kot lamaaaaanyaaaaaa , ini lah hasilnyaa . Malas nak cerita panjang panjang . Gambar gambar kat bawah ni cukup la menerangkan 3jam acik guling sana guling sini , bukak radio , nyanyi kuat kuat , padam buat balik dan yang sama bentuk dengannyaa la . HAHA ,
Dah plan nak lukis rumah teres dua tingkat ,

tarik tarik tarik dan tarik line jeh == , pastuh acik pening

tapi teruskan , dah nampak satu tingkat banyak pintu , ^^

akibat terlalu boring dan stress GB* , so acik stop dan on facebook dan twitter dan layan 9gag . HAHA
So , itu aje untuk post kali nih . Yang -part2- tak tau bila nak keluar sebab acik pun tak tau bila nak buat yang tingkat atas punya . Tapi akan keluar , so stay tune , terima kasih sebab membaca .

-ends-
acik aidil


Friday, January 20, 2012

New Comer(s) , junior

Salam dan salam satu Malaysia . Takde benda nak cerita . Sebab acik masih banyak benda nak kena buat . Post nih saje dipost untuk suka suka . Hewhew . Minggu lepas , second intake masuk , lagi satu minggu lepas , first intake yang masuk . Gambar orientasi dengan Pembimbing Rakan Sebaya (PEERS) dengan pengawas sekolah pun ada , tapi malas pulak nak upload . Post seterusnyaa , baru acik akan buat yang full dengan gambar sekali . My junior . ? They all just good for now , for me , maybe . HAHA , so itu aje lah , keep in touch , terima kasih sebab membaca .
-ends-
acik aidil

Sunday, January 1, 2012

Eh , Hye 2012

Salam dan salam 1 Malaysia untuk pembaca yang dikasihi .*ini akan menjadi post yg panjang* Okay , memandangkan , ramai yang cerita pasal 2012 nih , acik pun ada jugak . Tapi acik tak nak lah cerita panjang panjang . Cuma nak bagitahu tahun depan acik SPM , wtf == . Okay ignore that , okay , HAHA . Keluar rumah dalam pukul 9 jumpa kawan kawan . Pukul berapa entah , baru gerak sunway pyramid . Motif acik nak tengok bunga api depan depan jeh . Hoho . So , sampai sana snap snap bagai , ini antara nyaaaa


 
Sunway pyramid sesak , HAHA

Main lampu bagai macam budak budak

Acik cuba lastik kelawar --"

Habis semua pergi lepak mamak sampai pukul 2 , pastuh balik .

So itu ajelah acik punya new year punya cerita . Tak gempak , tak menarik tapi ada jugak . So , itu aje . Terima kasih sebab membaca , melihat dan melawat ^^ .
-ends-
acik aidil
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...